Saturday, December 20, 2008

Siti... di Hyatt bertemu jua kita akhirnya!

Hari yang menyeronokkan... akhirnya saya bertemu jua dengan Siti Khatijah... sahabat seperjuangan kita yang jadi lecturer UDM tu...

Wah... tak berubah langsung. Masih maintain macam dulu. Kalau tak cam jugak tak tau laa... Tengok aje gambar-gambar yang diupload kat sini.

See...tak berubah langsung kan?

Actually, satu Fakulti Pengajian Islam UDM berkampung di Hotel Hyatt Kuantan sejak semalam (Jumaat). Diorang akan pulang tengahari esok. Hajat di hati nak jugak jumpa Ustaz Manan... but khabarnya dia bertolak pulang tengahari tadi. Ada hal agaknya...

Ramai betul wajah-wajah familiar yang saya jumpa kat sana. Antaranya Ustaz Syed Azmi, Ustaz Aziz (yang ala-ala Nassier Wahab tu), Ustaz Azhar ( yang ajar Tarikh Adab waktu diploma dulu), Ustaz Mohd Ali (still cute macam dulu jugak) dan Ustaz Mahadi (yang ingat-ingat lupa dah kat saya heheh).

And unexpectedly, Normadiah Daud kawan lama waktu Diploma dulu... rupa-rupanya dia jadi lecturer UDM. Dah lama pulak tu... Aduhh... baru jer last week, waktu kami sekeluarga balik dari Kelantan, kami lalu di kawasan surau ayahnya... terlintas juga di hati, di mana agaknya Normadiah sekarang?

Dia masih macam dulu... semakin comel, dan celotehnya tak pernah berubah.

Back to Siti... anak sulungnya, Karim... wah! Aktif betul. Lawan pulak dengan Anwar, apa lagi... macam-macam laa 'bertukar'nya.
Haa...yang membelakangkan kamera tu lah si Karim yang aktif. Sampaikan nak ambik gambar pun tak boleh. Dapat tangkap belakang pun jadi lah kan? hehehhe...

Keseronokan tak dapat diluahkan dengan kata-kata, tentu sekali...

Kalau lah dapat dipertemukan dengan lebih ramai lagi, alangkah seronoknya... Mungkin akan sampai juga waktu itu nanti.

Dan melalui Siti juga, saya berkenalan dengan isteri one of my friends kat SIS Rendah dulu. Sofyuddin Yusoff... sekarang dia dah jadi ustaz di UDM. Tapi tak ada rezeki nak jumpa hari tu pasal dia sibuk layan anaknya di pantai.

Untuk makluman Siti, dia dah pun call saya by the numbers you gave. TQ Siti... menyambungkan kembali silaturrahim yang dah lama terputus ni besar pahalanya.

Apapun, for friends yang baca blog ini, kalau datang Kuantan jangan lupa calling2... kalau setakat hotels kat bandar Kuantan or Balok, insya allah saya boleh pergi jenguk, tak jauh pun. Rumah saya di pinggir bandar Kuantan... so insya allah tak menyusahkan.

Nan

Monday, December 15, 2008

After 7 years...

Alhamdulillah... raya korban dah pun selesai. Dan saya pun dah habis bercuti di Kelantan for almost one week.

Sebagaimana yang saya pernah bagitau dalam email yahoogroups kita, saya dan Ayu planned nak jumpa di KT sehari be4 raya (7 disember). Namun, kami hanya mampu merancang, Tuhan jua yang menentukan untuk tidak menemukan kami pada hari yang dijanjikan.

Namun telah Dia aturkan pertemuan yang lebih manis di Masjid Kristal pada Jumaat 12 disember. Pertemuan pada awalnya akan disertai Kak Ani, tapi kak Ani couldn't make it... maybe next time, insya-allah.

Zaen pula tak menjawab sms saya pada awal paginya... tak tersedar, katanya. Tau-tau maghrib dia jawab sms tu. Aduh.... saya dah sampai di resort waktu tu.

K'ma hantar sms pada paginya... bertanyakan tentang pertemuan ini... setelah saya bagitau pertemuan pada petangnya, ini jawapan yang saya terima.."terus terbayang kerusi batu, pokok mempelam, teh o dan biskut keping. rinduuu..."


Saya terkedu saat menerima sms ni... Saya faham apa yang dia rasa. Insya-allah, kita akan jumpa juga satu masa nanti... on the very perfect time... at the very rite place... doakanlahh...!

Rasanya tak ada kata-kata yang mampu diluahkan di sini untuk menceritakan betapa seronoknya kami saat mata kami berpaut... buat pertama kali selepas 7 tahun. Hmmm.... setelah menunggu dan berpusing2 di sekitar masjid hampir setengah jam kot, barulah kami bertemu.

Saya baru nak menjawab panggilan telefon dari Ayu... waktu tunduk nak ambik phone dalam handbag, waktu itulah pandangan saya tertangkap wajah seorang yang dirindui... Tak boleh nak ceritalah camna keadaan masa itu, just imagine...

Walaupun pertemuan hanya sekejap, saya amat berterima kasih pada Tuhan kerana akhirnya mempertemukan kami setelah beberapa kali asyik tertangguh saja. Dan terima kasih Ayu... bersusah payah menjayakan pertemuan ini.

Untuk makluman kawan-kawan lain yang dah lama tak jumpa Ayu, percayalah cakap saya... kalian tak akan tersilap orang. She's still the same... macam 10 tahun yang sudah jugak. Gerak gaya masih sama... penampilan tetap anggun juga...chewahh... maintain kawan kita ni. Lihat sendiri laa gambar kat bawah ni.
Sorry Ayu... aku tau mung tak nak aku letak gambar ni... tapi gambar ni speaks our heart...!
Happy...

Mak-mak duk posing untuk kamera si Nana... rupa-rupanya si Nwa pun snap jugak.

Cute kan anak dara Ayu ni... kata mamanya, yang ni anak Cina. Hehehhe... Yang abangnya tak sempat nak ambik gambar... sibuk sangat kat playpark.
Time anak pulak posing. Tu dia... Uda dan Dara 2008

Well Ayu... kita dah berjaya jumpa. So next time kita aturkan supaya ramai lagi yang join ok...


Nan

Wednesday, December 3, 2008

Tahniah dan Terima Kasih

Salam. Tahniah diucapkan kepada Nan kerana berjaya mencipta blog ini untuk kita semua.
Semoga usaha murni rakan kita ini dapat dimanfaatkan bersama. Buat masa ini saya tak dapat menyumbang apa-apa lgi kerana Mesyuarat SPM belum selesai. Sekali lagi, Syabas, tahniah dan Terima Kasih untuk Nan. Wassalam. Daripada : ayu's111@yahoo.com