Saturday, December 20, 2008

Siti... di Hyatt bertemu jua kita akhirnya!

Hari yang menyeronokkan... akhirnya saya bertemu jua dengan Siti Khatijah... sahabat seperjuangan kita yang jadi lecturer UDM tu...

Wah... tak berubah langsung. Masih maintain macam dulu. Kalau tak cam jugak tak tau laa... Tengok aje gambar-gambar yang diupload kat sini.

See...tak berubah langsung kan?

Actually, satu Fakulti Pengajian Islam UDM berkampung di Hotel Hyatt Kuantan sejak semalam (Jumaat). Diorang akan pulang tengahari esok. Hajat di hati nak jugak jumpa Ustaz Manan... but khabarnya dia bertolak pulang tengahari tadi. Ada hal agaknya...

Ramai betul wajah-wajah familiar yang saya jumpa kat sana. Antaranya Ustaz Syed Azmi, Ustaz Aziz (yang ala-ala Nassier Wahab tu), Ustaz Azhar ( yang ajar Tarikh Adab waktu diploma dulu), Ustaz Mohd Ali (still cute macam dulu jugak) dan Ustaz Mahadi (yang ingat-ingat lupa dah kat saya heheh).

And unexpectedly, Normadiah Daud kawan lama waktu Diploma dulu... rupa-rupanya dia jadi lecturer UDM. Dah lama pulak tu... Aduhh... baru jer last week, waktu kami sekeluarga balik dari Kelantan, kami lalu di kawasan surau ayahnya... terlintas juga di hati, di mana agaknya Normadiah sekarang?

Dia masih macam dulu... semakin comel, dan celotehnya tak pernah berubah.

Back to Siti... anak sulungnya, Karim... wah! Aktif betul. Lawan pulak dengan Anwar, apa lagi... macam-macam laa 'bertukar'nya.
Haa...yang membelakangkan kamera tu lah si Karim yang aktif. Sampaikan nak ambik gambar pun tak boleh. Dapat tangkap belakang pun jadi lah kan? hehehhe...

Keseronokan tak dapat diluahkan dengan kata-kata, tentu sekali...

Kalau lah dapat dipertemukan dengan lebih ramai lagi, alangkah seronoknya... Mungkin akan sampai juga waktu itu nanti.

Dan melalui Siti juga, saya berkenalan dengan isteri one of my friends kat SIS Rendah dulu. Sofyuddin Yusoff... sekarang dia dah jadi ustaz di UDM. Tapi tak ada rezeki nak jumpa hari tu pasal dia sibuk layan anaknya di pantai.

Untuk makluman Siti, dia dah pun call saya by the numbers you gave. TQ Siti... menyambungkan kembali silaturrahim yang dah lama terputus ni besar pahalanya.

Apapun, for friends yang baca blog ini, kalau datang Kuantan jangan lupa calling2... kalau setakat hotels kat bandar Kuantan or Balok, insya allah saya boleh pergi jenguk, tak jauh pun. Rumah saya di pinggir bandar Kuantan... so insya allah tak menyusahkan.

Nan

No comments: