Thursday, January 29, 2009

2009 tahun reunion

Selamat tahun baru 2009 kawan-kawan semua.

Catatan kali ini mungkin tidak berkait sangat dengan group kita ni. Cuma saya ingin berkongsi pengalaman yang berkait rapat dengan tajuk catatan kali ini "2009 tahun reunion".

Saya baru saja join Facebook... dan ianya amat menyeronokkan... terutamanya bila saya berjaya 'jumpa' kawan-kawan lama saya waktu darjah 6 dulu di tahun 1987 di Sekolah Rendah Sultan Ismail Kemaman. Dalam masa tak sampai sebulan, saya dapat hampir 15 orang. And one of them dah pun arrange satu reunion pada hari raya September tahun ini... bertempat di Dewan sekolah kami dulu.

Rata-rata rakan taulan yang telah terpisah kebanyakannya merantau setelah masing-masing usai sekolah rendah. Ada yang saya pernah terserempak, namun ramai terutamanya boys yang yang dah pun 20 tahun tak jumpa-jumpa. Keseronokan tak mampu nak diceritakan... bilamana menatap gambar-gambar mereka yang ada di antaranya bukan sekadar teman sepermainan, malah ada juga teman seperbalahan. Heheheh.... tentu saja yang boys laa... ya laa... budak2 kan?

So far, saya belum lagi confirm sama ada untuk hadir atau tidak. Gelora di hati memang laa nak jumpa sangat2 dengan diorang ni... tapi rasa cuak pun ada. Agaknya camna lah nanti yer? Sedikit sebanyak rasa rendah diri tetap ada... ditambah lagi masing2 nampaknya amat berjaya dalam karier. Tapi saya... apa sangat laa...

Kalau diikutkan giliran raya, tahun ni saya beraya di kampung suami. Kalau ikutkan jadual asal, memang tak merasa lah ke reunion tu. Tengoklah nanti, mungkin ada hikmahnya di sebalik semua ini.

Berbalik kepada tajuk catatan ini... agak2nya sesuai tak kalau dipadankan dengan group kita ni?
Maksud saya, reunion untuk advanced diploma pulak...

Kalau ada yg sanggup organize mungkin akan jadi kenyataan. Lebih menyentuh lagi kalau dibuat di tempat 'asal' kita. Kalau lah kawan2 ada cadangan yang bagus-bagus, lontarkanlah di sini.

Manalah tau... suatu hari akan jadi kenyataan.

Cuma nak menghadapi realiti sebuah reunion juga satu trauma bagi saya. Entah kenapa... saya seakan tidak mampu berhadap semula dengan wajah-wajah yang pernah mengisi kehidupan saya suatu waktu dulu.

Kehidupan dulu telah jauh saya tinggalkan di belakang... bersama segala air mata dan keperitan... hingga saya pernah berdoa supaya saya melupakan segala yang menyedihkan...

Tapi reunion pasti akan mengingatkan kembali saat-saat getir yang sentiasa saya cuba untuk lupakan. Saya tidak pernah lupakan kawan-kawan, percayalah... jika tidak, takkan wujud group kita di yahoogroups, takkan terbina blog ini.

Buat insan yang berkaitan, maafkanlah saya... kerana pengalaman pahit telah mengubah saya jadi begini...!

No comments: